DUGAAN SEM SATU
Tak macam U lain, UTHM nie lain sikit first masuk haritu sek khas now baru nak start sem satu..bdk2 U lain dh habis sem satu kitaorg baru half sem haihh. Baru sem satu dah macam-macam dugaan pening kepala..
1. dugaan handphone rosak
Dalam masa sebulan lebih nie phone rosak 2 kali!!! sedih k sedih dah lah handphone penting bila dah masuk U nie. lagi-lagi part CLASS CANCEL yes semuanya lecturer inform dekat whatsapp haihh susah tau kalau takdek phone nie . Dah lah rosak masa first day balik sini erkkk...pastu baiki phone tu lebih setengah bulan gak lah baru dapat balik so masa..so dalam tempoh tu terpaksa beli phone lain (yg biasa je janji ada whatsapp) then bagi phone tu dekat adik, aku ambik balik phone yg dah baiki tu..then semalam rosak balik -_- so seminggu lh aku takdek phone haih seb baik nest week dh cuti midsem
2. assignment, labsheet, quiz, test and final project
yang nie kalau fikir memang stress!!! haihh labsheet tu takyah cakap lah memang tiap minggu ada je paling-paling pon 3 hahaha...assignment emmm SUSAH, TAK TAHU NAK BUAT MACAM MANA, SUSAH!! quiz emm biasa je sebab quiz dalam class boleh je bincang ke tengok buku ke. test setakat nie baru satu test algo..next minggu depan algebra naik cuti nanti OS dgn OSHA.. final project pon dah start buat sebab taknak tangguh-tangguh.
3. Operating System
subject yang paling paling paling susah....dari awal class sampai sekarang tak faham langsung. sometime memang nak nangis dalam class.. so yang pasal assignment yang meroyan tadi tu assignment OS nielah haihhh...
4. manusia yang pelbagai jenis
nie yang paling tak tahan..sem satu semua perangai dah muncul... stress layan perangai manusia nie so aku decide just ignore je kawan je dengan semua tak kisahlah dia macam mana. groupmate pone erkk biarlah perangai diaorg tu malas nak gaduh taknak buat kerja sudah, nak sentap lantak kau, nak stress, stress lah kau...aku buat hal aku full stop!
so ginilah yang jadi untuk half sem satu nie... hope naik cuti nie much better lah hidup aku nie hahaha
STUDENT'S LIFE
ASSALAMUALAIKUM
sebenarnya dah 2 minggu aku jadi student firstly aku nak bagitau sebenarnya aku dapat tawaran matrikulasi dan juga upu (diploma) ALHAMDULILLAH..mula-mula agak pening jugalah nak pilih mana satu sebab aku dah taknak belajar science and sijil matrik dah tak laku (but start now dah ada sijil and I don't no detail about that) so, aku memang nak pilih diploma yang mana pengajian panjang dan agak relax daripada matriks yang stressful...tapi memandangkan upu aku dapat pilihan kelapan which is Diploma Teknologi Maklumat yang aku tak terfikir pon nak ambil tapi entahlah aku just letak je so di situlah aku start pening..tapi lepas aku fikir elok-elok plus minta pendapat my mom yang very support me and finally I choose Diploma Teknilogi Maklumat di UTHM (Universiti TerHebat Malaysia) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia...mula-mula aku tak pernah tahu pon pasal Uni nie and tak terfikir pon nak sambung sini (taknak pon sebenarnya) but now I know what is UTHM..
MINGGU HALUAN SISWA (MHS)
Orentasi. seriously memang penat dan letih always mengantuk and always tidur...but the last night,is the awesome night Malam Warisan something like that..benda first yang kau kena tahu about Universiti is senior kau bukan macam senior sekolah asrama..tak ada istilah buli ke apa ke..normal untuk orentasi tidur lambat bangun awal but kau kena ingat your senior yang handal orentasi tu lagi lambat tidur lagi awal bangun compare dengan kau..so jangan merungut..so conclusion, MHS kitaorg memang best..huhuhu
STUDENT'S LIFE
macam yang aku cakap Uni bukan macam sekolah asrama,kau tak datang kelas lecture kau cari sampai dalam bilik,kau tak siap assignment lecture kau pukul..dekat sini kau BEBAS..macam kitaorg,gate tu tutup pukul 12.30 malam..so kalau kau nak keluar sampai pukul 12 malam pon boleh tak ada sape nak halang..taknak balik pon boleh..kau BEBAS...tapi jangan sampai terpengaruh dengan benda-benda negatif sudah ye rakan-rakan..
pack ke tak diploma nie,emm sebenarnya pack juga tapi sebab jadual kau tak sepack matriks so kau still ada masa untuk tidur,keluar jalan-jalan and enjoy student's life..tapi macam aku,first day class dah ada 2 group assignment emm so,still banyak assignment banyak kerja tapi masih ada masa untuk diri sendiri..sebab bukan setiap hari,sepanjang masa dan tak berderet sangat kelas kau..tak macam zaman sekolah.. 8-2 belajar...3-4 koko..kau tetapkan jadual kau sendiri..pandai handle pandai bahagikan masa..
aku rasa tu je kot entry aku kali ini..panjang jugalah kan..hahaha dikesempatan ini,aku nak ucapkan selamat menyambut Ramadan and good luck senior-senior degree for finally exam :)
PENGALAMAN BEKERJA 5 BULAN
PART 2
Assalamualikum, now PART 2!!!!
part nie lebih kepada ragam customer..macam-macam jenis customer yang aku jumpa tapi aku akan cerita 5 ragam customer yang aku ingat :) check it out!
1. customer yang bertimbang rasa
ada beberapa customer yang aku jumpa yang memang betimbang rasa... antara yang aku ingat, customer nie antara customer pertama yang aku ambil order. cakap lembut je dan faham aku masih baru..ada satu lagi tu,customer nie sangat friendly, gelak-gelak and layan aku baik je..bila ada makanan or minuman yang tak ada stok,dia faham..biasanya customer macam nie memang aku layan dari awal sampai akhir..dia buat baik dengan aku,aku buat baik dengan dia :)
2. customer berkumpulan
untuk kategori nie ada dua jenis customer..satu,yang teratur and kedua,tak teratur..biasanya yang teratur nie remaja and still young and yang tak teratur nie emmm yang 'banyak pengalaman hidup' (paham-paham jelah ye)...sepatutnya,kena rancang dulu sebelum order..senangkan kerja kitaorang and korang juga :)
3. customer yang berlagak kaya
yang jenis macam nie memang aku tak suka..dia fikir dia makan dekat situ,dia kayalah,students pon boleh makan situ okeyyy...kita nie manusia sama saja..sebab kami waitress and waiter tak semestinya kami nie tak mampu..kekadang tu ada je customer yang kaya tapi lebih baik dan hormat orang dari customer yang biasa saja tapi berlagak macam terlampau kaya..
4. customer yang suka bagi duit tips
customer macam nie memang kitaorang suka hahaha...aku kurang dapat dan tak kisah sangat tapi bila dah akhir bulan aku agak kisah huhu..duit tip yang hanya sesen tu pon boleh guna untuk tambang bas..pernah sekali aku kumpul duit siling sampai cecah RM10...yesss and ada beberapa customer memang bagi direct..paling banyak yang aku dapat, RM15..and sorang customer nie tanpa sebab bagi aku duit tip..maybe dia tersalah orang or maybe rezeki aku??
5. customer kedekut
last and not least,bukan kedekut apa..tapi,yang paling aku ingat dan rasa macam erkkkk..nak bawak anak jalan,belanja makan,kalau ada bajet tertentu,pergi dekat kedai yang sepatutnya...jangan sampai anak nak tu tak boleh,nak nie tak boleh..semua dia yang tentukan..last-last,warm water (RM0.90) and Fish n Chip Lite (RM12.90)...kesian anak tu..memang susah cari duit,tapi sekali sekala tak salah...paling senang jangan bawak terus anak akan faham :)
Ini baru 5 jenis customer...nak tambah satu lagi tapi tak apalah...malas LOL..apa-apa pon bila kita melangkah lebih jauh,kita akan jumpa ramai manusia yang banyak ragam so,get ready :)